Ujian....hadirnya tidak diduga...adakala ia
bertandang untuk membersihkan dosa. Adakala mengajak kita bertanya,
adakah diri sudah terlupa padaNya. Terlupa siapa kita, terlupa dari mana
asal kita, arah hidup kita. Terlupa kita tidak punya apa-apa. Apakah
kita ingin menderhaka padaNya?
Sesungguhnya semua manusia akan diuji. Tak kiralah dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Mungkin dengan kesenangan kita akan leka dihanyut kemewahan dunia hingga lupa dengannya. Mungkin dengan kesusahan kita akan terus menyalahkan takdir dan tidak berusaha untuk lebih berjaya dalam hidup.
Bagi pelajar pula, ujian adalah satu perkataan yang ditakuti. Justeru itu tak hairanlah apabila musim ujian, barulah para pelajar akan bersengkang mata mengulangkaji pelajaran hanya untuk satu ujian. Seharusnya para pelajar sentiasa istiqamah iaitu mengulangkaji secara berterusan. Contohnya memperuntukkan sejam/ dua jam untuk sesuatu topik dan menyediakan nota ringkas dalam seminggu. Jadi masa untuk mengulangkaji kita hanya melihat semula nota ringkas tersebut.